Saturday, July 11, 2009

buah setar,buah staq,buah kundang dan yang sealiran dengan namanya.

model buah staq.tak lain dan tak bukan iaitu adik saya ammar.makan sampai sakit perut.kena warning,baru berhenti makan. sekarang musim buah staq ni.saya hanya tahu nama buah ni staq saja.kat rumah tuk ada banyak pokok.rasanya masam masam manis.tapi...buah dari kebun tuk saya ni rasanya manis.
bila buah staq ni dah masak,pemandangan kat atas pokok ni indah betul.macam ketulan emas.saya nampak macam tu la.tak tahu pulak kalau orang lain tengok.adik saya nurul pula kata macam bintang bertaburan dilangit.abah pulak kata macam buah staq la...hi hi hi.


nak lengkapkan rasa bagi jadi lebih sedap.ambil kicap lemak manis HPA tambah gula dan cabai.gerenti sedap.

Tuesday, July 7, 2009

Jilbab pakaian menutup aurat.

Memang benar,ALLAH SWT itu cantik dan suka kepada yang cantik-cantik.namun,suruhan berhias dan bercantik-cantik itu kena perlu pada tempatnya dan betul dalam niatnya.jangan terkeliru dengan tuntutan menutup aurat hendaklah menutup tubuh badan yang wajib ditutup,bukanya menutup kulit.memakai tudung bukanya untuk menutup rambut,tetapi menutup kepala,tetapi menutup rambut(kecuali muka),leher dan dilabuhkan hingga ke bawah dada.
Di dalam al-Quran(al-Azhab:59)disebutkan pakaian yang menutup aurat itu dengan nama'JILBAB'(tudung).iaitu sejenis pakaian labuh dan lapang yang dapat menutup kepala,muka dan dada.justeru,pakaian yang menutup aurat harus memenuhi beberapa syarat.Antaranya:

1-pakaian yang menutupi segala anggota tubuh wanita kecuali muka dan dua telapak tangan hingga pergelangan tangan.inilah aurat wanita apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi menurut pendapat yang mashyur dalam Mazhab Syafie.

2-pakaian menutup aurat atau 'jilbab' itu sendiri pada dasarnya bukan perhiasan.

3-kain pakaian yang digunakan adalah daripada fabrik yang tebal dan tidak tipis atau jarang.tujuanya untuk menghalang daripada menampakkan warna kulit dan bayangan susuk tubuh badan.

4-pakaian yang menutup aurat atau jilbab itu dari jenis yang longgar dan tidak ketat atau sempit.tujuanya agar tidak menampakkan bentuk tubuh badan.

5-tidak memakai wangi-wangian hingga menusuk hidung.berwangi hanyalah sekadar untuk menghilangkan bau badan.

6-fesyen pakaian tidak meyerupai pakaian wanita kafir dan orang jahiliyah.

7-pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang laki-laki.

8-berpakaian dengan tidak ada maksud untuk menunjuk-nunjuk,menarik perhatian atau mempamerkan kecantikkan kepada orang lain.

Apabila diperhatikan syarat-syarat di atas,jelas bahawa banyak di antara wanita yang menamakan diri sebagai wanita berjilbab,sebenarnya masih belum berjilbab.mereka tidak menamakan jilbab dengan nama yang sebenarnya.

dari sumber:'MAJALAH ANIS'.

Sunday, July 5, 2009

sepetang bersama kak wafa.seronok......

petang semalam mama bawa saya dan adik adik pergi jumpa kak wafa.kak wafa peramah.saya je yang malu. kak wafa belikan kami hadiah.sorang satu.hu hu seronok.

sibuk belanja kat komplek kailan,kak wafa baru teringat yang dia tertinggal talipon kat hotel.kelam kabut juga...kalau hilang...tentu kak wafa sedih.nak tolong beli baru,duit tak ada.syukur allhamdulillah.jumpa juga akhirnya.