Monday, March 15, 2010

sedihnyerr!!!!

Assalamualaikum kawan-kawan,semua sihat.alhamdulillah.ana rindu korang semua.yg first ina,jiha and mira.banyak bende yang sedih berlaku di asrama...

1-Muallim(cikgu)wafi pindah.warden lama banin(lelaki).datang warden baru nama dia muallim nasrul.bolehla jugakgarang dia.dia ni masuk banyak kem ker,menembak macam askar.tapi lawak jugak.

2-muallim nasrul nak pindah.taktau la lepas ni saper kan mintak-mintak macam warden sebelumnyerr.amin.

3-baru semalam balik dari asrama.dapat tau bobo dah meninggal.huhuhuhu.orang yang racun bobo ni.tengok lar akhirat nanti dapat balasan dia.

4-kucing putih gebu hilang.

ya ALLAH berilah kesabaran kepadaku ya ALLAH.amin...

Friday, February 5, 2010

kawan-kawan ana

assalamualaikum, semua minggu ni ana terpaksa balik rumah sebab air di sekolah ada masalah.minggu depan pun ana balik jugak selama 4 hari.raya cina.walaupun sekolah kami semua melayu.alhamdulillah.
sekarang ana nak beritahu semua orang nama kawan-kawan ana dan sifat dia.

1.Nur Sakinah-dia seorang baik,penyayang,lembut kdg2..he3.. ttp die mara gak le bile adeorg buat salah..

2.Khairunnisa'- die seorang yang relex dan baik hati dan ok la

3.Syaimaa'-die ni bdak pandai,baIK,penyabar dan len2..

4.Syuhadah-dia ni kadang -kadang ok tapi kalau cara dia cakap 2 masih macam boleh la.......... no komen

5.aiman-dia comel,baik,pandai,tp kadang2 mulut laser he3 (jgn mara)...

6.nasha-best sangat dapat kawan ngan die tapi ada juga masaalah dengan dia kadang -kadang

7.qurrotaaqyun-baik gak,....no komen....

8.munirah- dia ni kdg2 suke kacau org,serius,baik,dll

9. Izni-macam sakinah jugak,tapi dia tak banyak marah.sabar.

10.Amalia-boleh tahan la dengan lagak dia 2.suka tegur kesalahan orang.

11.Fatin-dia baik,rajin belajar dan ambil berat tapi kadang-kadang buat orang marah tk tau kenapa.

12.Najihah-kdg2 tak paham ape yang dia cakap.dia suka ambil berat semua pasal kawan dia.

13.mar-dekat sekolah banyak kesalahan yang dia buat form 2.tak larat nak tegur.

14.hafizah-pendiam.no komen

15-athirah-boleh kongsi pendapat.

16-Rosna-lawak ,baik, rapat dengan kakak kakak(kami ler) kadang dia terikut perangai mar.

ana minta maaf kalau kawan-kawan ana baca blog ana terasa.ana tulis ni apa yang ana nampak.kalau sesapa salah sorang dari kawan2 ana baca.ada sifat enti yang menyakitakan hati enti sori dan ubah perangai enti.

''sebaik-baik kawan ialah kawan yg mengajak kearah kebaikan''
13-

Friday, January 29, 2010

RINDU AND PENAT

assalamualaikum semua,ana rindu giler kat antum/anthuna semua.dah lama dah ana tak melawat blog ana.entah apa yang jadi kan.sekarang ni ana ada di rumah.cuti balik kampung selama dua hari.ana balik dari asrama ke rumah 2 minggu sekali jer.sedihnyer.sekolah menengah al-itqan best sangat.banyak kawan.tapi ana rindu jugak kat kawan-kawan lama yang ada di smktho.
wahai warga sekolah menengah tun hussein onn.putri rindu giler dengan korang semua terutamanyer ina,ira,jiha,celeste dan form 2 tahun ni.ok sekarang ini ana akan cerita jadual di asrama.

4.00 pg-bangun tidur/urus diri
5.00 pg-prep
6.00 pg-sembahyang subuh,baca mathurat,tazkirah,baca al-quran
7.00 pg-sarapan
7.30 pg-baca al quran
8.30 pg-sekolah
2.00 ptg-sembahyang zohor,tazkirah
2.40 ptg-makan tengahari
3.00 ptg-urus diri
5.00 ptg-sembahyang asar,baca mathurat,tazkirah
5.45 ptg-riadah,urus diri
6.30 ptg-makan malam
7.00 mlm-sembahyang maghrib,tazkirah,baca al-quran
8.30 mlm-sembahyang isya',tazkirah
9.30 mlm-prep
10.15 mlm-baca al-mulk
1o.45 mlm-minum malam
11.00 mlm-tidur

PENATKAN KAN KAN!!!!!!!!!!!

Wednesday, December 30, 2009

Saturday, December 26, 2009

sedihnyerr

assalamualaikum,semua.anis nak bagitau sesuatu yang menggembirakan dan menyedihkan.yang menggembirakan ialah anis dapat masuk asrama dan yang menyedihkan anis tak dapat tengok blog ni setiap hari.huhuhuhuhuhuhuhu.mungkin bila anis balik cuti kat rumah nanti insyaallah anis akan tulis pengalaman ataupun rasanya tinggal di asrama tanpa ibu bapa.terima kasih untuk semua follower dan pengunjung blog "KISAH HIDUP SAYA".

Wednesday, December 2, 2009

adab dan doa

Anak yang baik,adalah anak yang sentiasa menjaga hati dan perasaan ibu bapa.
Rasulullah SAWmelarang berkata kasar ataupun mengherdik ibu bapa.Kerana perasaan ibu bapa mudah tersentuh dengan perbuatan ataupun perkataan yang diucapkan oleh anak-anak mereka.
Ingat,redha Allah SWT itu bergantung kepada redha kedua ibu bapa. Oleh itu,berdoa agar Allah merahmati ibu bapa dan kita juga mendapat keredhaan daripada mereka setiap masa.

Doa untuk ibu bapa:
Ya Allah,ampunkanlah dosaku dan ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku,dan sayangilah mereka berdua seperti mereka telah menyayangiku sewaktu aku kecil dahulu."
AMIN...............

Saturday, October 31, 2009

12 sifat sahabat

1-Jika kau berbuat bakti kepadanya,ia akan melindungimu.

2-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3-Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya ia akan membantumu.

4-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya,ia akan menerima dengan baik.

5-Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu,ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6-Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu,ia akan menutupnya.

7-Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya,ia akan mengusahakannya.

8-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta),ia akan menanyakan kesusahanmu.

9-Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu,ia akan meringankan kesusahanmu.

10-Jika engkau merancangkan sesuatu,nescaya ia akan membantumu.

11-Jika engkau berkata kepadanya,ia akan membenarkannya.

12-Jika kamu berdua berselisih faham,nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan sahabat.