Monday, June 29, 2009

MENCINTAI KESEDERHANAAN.

Saya amat suka membaca saya paling suka baca ialah kisah nabi muhammad SAW.hidup nabi sangat sederhana,mampukah kita mencontohinya?kalau saya...... saya nak kongsi sikit kisah kesederhanaan nabi yang saya baca dalam buku ana muslim.iaitu petikan nuku 12 peribadi cemerlang ibadurrahman.karya Yusuf al-Qaradhawiy.antaranya Rasulullah SAW telah berkahwin dengan Khadijah yang merupakan hartawan di Mekah.walaupun begitu,kehidupan Rasulullah SAW bukanlah seperti golongan yang mempunyai harta.kekasih Allah ini lebih selesa meneruskan hidupnya dalam suasana yang penuh kesederhanaan. Nabi SAW pernah bersabda; Allah telah menawarkan kepadaku untuk menukar bukit-bukau di Mekah menjadi emas, tetapi aku menadah tanganku kepadaNya sambil berkata: ya Allah,aku suka makan pada satu hari dan berlapar pada hari yang berikutnya, supaya aku dapat mengingati-MU apabila lapar dan memuji -muji-Mu serta mensyukuri-Mu apibila kenyang. Kehidupan yang sederhana merupakan prinsip nabi muhammad SAW.pakaian yang dipakainya adalah sederhana.cara berjalannya juga sederhana.cara percakapan,duduk,tidur,makan dan segala galanya adalah sederhana.apabila menaiki kenderaan,baginda tidak mahu diiringi.Baginda sendiri membaiki kasut yang rosak dan menjahit sendiri pakaian yang koyak. Sabda rasulullah SAW :"tidak akan kekurangan nafkah orang yang hidup sederhana"Hadis riwayat Imam Ahmad.Orang orang yang hidup sederhana akan mengambil jalan tengah dalam membelanja hartanya.Dia menyimpan sebahagian hartanya selagi masih muda untuk menghadapi hari tuanya,menjaga kesihatannya sebelum datang sakitnya,menjaga kekayaan sebelum kemiskinannya.Orang ini tentu tidak akan menjadi beban bagi orang lain dan tidak akan kekurangan nafkahnya.

Friday, June 19, 2009

sekiranya anda suka!!!

Sekiranya anda suka makan makanan ringan lebih baik anda hentikan saja.kerana dulu saya memang suka makan makanan ringan macam keropok,coklat,gula-gula dan lain-lain lagi.di rumah saya selalu kena marah dengan abah,sebab makan yang tidak tahu halal haramnya.ibu saya juga selalu memberi nasihat kepada supaya jangan makan makanan ringan terlalu banyak.tetapi saya tidak menghiraukan nasihat ibu dan ayah saya.
Pada suatu hari,tiba-tiba saya muntah dan pening kepala.saya dihanar ke klinik untuk dirawat.doktor menyuruh ibu dan ayah saya menghantar saya ke hospital dengan segera.setelah beberapa ujian dilakukan.doktor memberitahu saya bahawa saya kekurangan zat makanan.saya terkejut mendengar penjelasan doktor.
kini sya sedar perbuatan makan makanan ringanadalah tidakbaik untuk kesihatan.selepas kejadian itu saya berhenti makan makanan ringan.sekarang saya makanan yang HPA yang halal.

Friday, June 12, 2009

taiping,kami datangggggggg.

dari kuala lumpur kami singgah di taiping.berehat ditaman tasik taiping.seronok lihat alam ciptaan Allah.cantik dan tenang.tu ada pokok besar besar.pokok ni kata ustaz selalu berzikir pada Allah .
waktu petang ada ramai juga pengunjung.ada yang naik sampan.ada yang berjogging.kami cuma jalan jalan.
ammar menangis nak masuk zoo.tapi akan buka pada pukul 8 malam.zoo akan buka night safari pada pukul lapan.abah cakap dah penat.lain kali lah kita masuk.mama pula cakap binatang tidur nanti tak nampak.
lepas tu minum ais kacang kat rumah makcik.ok.bye

Wednesday, June 3, 2009

Bercuti di cameron highland bersama keluarga dan sepupu.BEST.....BEST....

Assalamualaikum pada hari cuti yang lalu,ayah saya membawa keluarga dan sepupu saya pergi ke cameron highland.saya rasa seronok sangat.saya pergi macam-macam tempat dekat situ.antaranya taman bunga,ladang strawberi,ladang teh dan banyak lagi.kami sempat bergambar di taman bunga bersama keluarga dan sepupu saya.di ladang teh kami tengok ladangnya luas sangat. satu permandangan yang sangat cantik.ini cuti yang saya pergi cuti beberapa bulan yang lepas,cuma saya tak sempat nak ceritakan.
selepas ini saya dan keluarga nak bercuti di sekitar kuala lumpur.nanti saya tunjukkan gambar saya selama saya bercuti di sana.
kata orang,apabila kita bercuti boleh mengurangkan stress dan kita dapat motivasi baru,luas pandangan dan luas fikiran.
saya berdoa satu hari nanti ayah saya dapat bawa saya bercuti di tempat impian iaitu di disneyland dan ladang gandum di australia.