Monday, June 29, 2009
MENCINTAI KESEDERHANAAN.
Saya amat suka membaca saya paling suka baca ialah kisah nabi muhammad SAW.hidup nabi sangat sederhana,mampukah kita mencontohinya?kalau saya...... saya nak kongsi sikit kisah kesederhanaan nabi yang saya baca dalam buku ana muslim.iaitu petikan nuku 12 peribadi cemerlang ibadurrahman.karya Yusuf al-Qaradhawiy.antaranya Rasulullah SAW telah berkahwin dengan Khadijah yang merupakan hartawan di Mekah.walaupun begitu,kehidupan Rasulullah SAW bukanlah seperti golongan yang mempunyai harta.kekasih Allah ini lebih selesa meneruskan hidupnya dalam suasana yang penuh kesederhanaan. Nabi SAW pernah bersabda; Allah telah menawarkan kepadaku untuk menukar bukit-bukau di Mekah menjadi emas, tetapi aku menadah tanganku kepadaNya sambil berkata: ya Allah,aku suka makan pada satu hari dan berlapar pada hari yang berikutnya, supaya aku dapat mengingati-MU apabila lapar dan memuji -muji-Mu serta mensyukuri-Mu apibila kenyang. Kehidupan yang sederhana merupakan prinsip nabi muhammad SAW.pakaian yang dipakainya adalah sederhana.cara berjalannya juga sederhana.cara percakapan,duduk,tidur,makan dan segala galanya adalah sederhana.apabila menaiki kenderaan,baginda tidak mahu diiringi.Baginda sendiri membaiki kasut yang rosak dan menjahit sendiri pakaian yang koyak. Sabda rasulullah SAW :"tidak akan kekurangan nafkah orang yang hidup sederhana"Hadis riwayat Imam Ahmad.Orang orang yang hidup sederhana akan mengambil jalan tengah dalam membelanja hartanya.Dia menyimpan sebahagian hartanya selagi masih muda untuk menghadapi hari tuanya,menjaga kesihatannya sebelum datang sakitnya,menjaga kekayaan sebelum kemiskinannya.Orang ini tentu tidak akan menjadi beban bagi orang lain dan tidak akan kekurangan nafkahnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment