Assalamualaikum semua,ana baru balik asrama.waktu kat asrama,ana ngan kawan ana Fatin minat mengarang.kami karang entah puisi ke apa ker.hantam jer janji ada isi.yang bawah ni ana yang karang.fatin dia karang sendiri punya.bacalah hayati dengan lagu blog ana:
kenapa ini harus terjadi.semua yang aku ada semuanya hilang.kenapa.kenapa.kenapa
kerana apabila...
Kita ada Allah,
kita terpinga-pinga kenapa Allah tidak mengabulkan apa yang dipinta,
fikirlah adakah kita ini hamba yang mulia,
Kita ada Rasul,
kita tertanya-tanya kenpa sunnah yang dilakukan tidak menjadi,
fikirlah adakah kita melakukanya dengan hati yang ikhlas,
Kita ada kedua ibu bapa kita,
kita menangis teresak-esak menyesal kerana Allah lebih menyayangi mereka,
fikirlah adakah kita seorang anak yang bertanggungjawab,
Kita ada sahabat,
tiba-tiba kita ditinggalkan,
fikirlah adakah kita sahabat sejati,
Fikirlah kembali,
hidup di dunia hanya sementara,
pohonlah taubat dari Allah S.W.T,
Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat.
(komen kat tempat chatting)
No comments:
Post a Comment