Monday, April 25, 2011

CIRI-CIRI WANITA MUSLIMAH




Assalamu'alaikum, antara ciri-ciri wanita muslimah yang sopan dan berakhlak sempurna seperti berikut, semoga kita tergolong dalam ciri-ciri ini, walaupun bukan sekarang.. InsyaALLAH, ada Usahanya. Jom sama-sama kita perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik..
Solat tepat waktu.

2. Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.

3. Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.

4. Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
5. Bercakap dengan rendah suara.
6. Lembut dan halus tingkahlakunya. (aku tak mcm tu)
7. Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
8. Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.

9. Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
10. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
11. Pandai mengambil hati orang tua.
12. Menghormati dan taat ibubapa.
13. Kesayangan keluarga dan tetangga.
14. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
15. Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
16. Rambut tak diwarnakan.
17. Banyak dan murah dengan senyuman.
(aku failed bab ni, sgt2)
18. Banyak mendengar dari bercakap.
19. Senyuman adalah ketawanya.
20. Tidak ketawa terbahak-bahak.
21. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
22. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
23. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.(biar tak de kawankan lagi bagus, sobsob, aku kehilangan kawan)
24. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya. (sedih-sedih sendiri, bawa diri yang lara)
25. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
26. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
27. Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
28. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya. ( tlg ajari aku, aku failed bab ni)
29. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
30. Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain. (saya suka hamster dan tiger, dan tak suka kucing busuk+liar)
31. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga. (itu sebab sy amik kos kat uitm ni) save our earth!!!
32. Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.
akhirulkalam.. aku jauh lagi nak digelar muslimah sopan, solehah dan berakhlak sempurna... Sebagai pengajaran.. jom sama-sama kita kejar impian untuk memiliki akhlak sesolehah wanita idaman Syurga.. kita laksanakan bukan ingin memiliki ganjaran Syurga yg penuh kenikmatan dari-NYa tetapi inginkan REDHA yang MAHA ESA sbgai HambaNYA yg hina, dhaif, lagi jahil ini untuk terus berjuang di muka bumi-NYa, kita tak nak digelar hambaNYa yg tak bersyukur bukan.. Ayuh-ayuh kita usahakan... walaupun mujahadah itu pahit. ttp hasilnya lumayan pada diri sendiri dan juga orang lain... dan apa yang penting??? ISTIQAMAH sayang..:))okeh, jangan cakap je, jom laksanakannya.... ayuh-ayuh..kejar-kejar jangan sampai jatuh. kalau jatuh, bangun balik k, sebab ALLAH always by side. walaupun nafsu dalam diri dan syaitan bersepah-sepah.. YANg penting.. KUAT.. atas diri sendiri.. kesedaran dtgnya dari DIRI SENDIRI dan keinginan yang meluap-luap untuk berubah menjadi manusia yang bersyukur dan digelar wanita SOLEHAH, idaman kalbu...

Thursday, November 18, 2010

MALUMU BERHARGA

Malu itu indah.
Malu itu fitnah.
Janganlah menjadi orang yang langsung tidak tahu malu.
Bergaul sebebas-bebasnya sesama lelaki dan perempuan itu bukanlah sepatutnya akhlak seorang muslim.
Berpada-padalah.
Jagalah iman sesama sendiri.

Saturday, November 6, 2010

HARGAILAH ORANG YANG KITA MILIKI


Pada suatu hari di sekolah seorang murid bertanya pada gurunya.Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.


PELAJAR:cikgu macamana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?dan macamana juga kasih sayang tu nak berkekalan?


CIKGU:Ok kamu ikut apa yang saya suruh.Kamu pergi ke padang.Kamu berjalan di atas rumput sambil memandangf rumput sambil memandang rumput didepan kamu.Pilih yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali.Dah petik rumput yang PALING cantik,bawa ke kelas."


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pun ditangannya.cikgu bertanya,kenapa tiada rumput yang dipilih?


PELAJAR:Tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput paling cantik.memang ada banyak tapi cikgu kata yang PALING cantik,maka saya pun terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi.Tapi di penghujung padang,,saya tak jumpa pun yang paling cantik.mungkin diantara yang dibelakang adalah yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula jadi tiadalah rumpuy yang boleh saya petik.


CIKGU:"Ya itulah jawapannya.maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.kita hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlalu tetap dah berlaku.semoga yang berlalu tidak berulang lagi.Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik seperti rumput tadi.....

Friday, August 13, 2010

RAMADHAN MUBARAK!!!!AKU RINDU PADAMU!!!!

Assalamualaikum semua,pejam celik pejam celik dah puasa.Macamana puasa hari ni.PUASA biar IKHLAS.jangan harap duit sajer.bila lagi nak raya kan.tak sabar rasanya.

Friday, July 2, 2010

ADAKAH KITA?????

Assalamualaikum semua,ana baru balik asrama.waktu kat asrama,ana ngan kawan ana Fatin minat mengarang.kami karang entah puisi ke apa ker.hantam jer janji ada isi.yang bawah ni ana yang karang.fatin dia karang sendiri punya.bacalah hayati dengan lagu blog ana:

kenapa ini harus terjadi.semua yang aku ada semuanya hilang.kenapa.kenapa.kenapa
kerana apabila...
Kita ada Allah,
kita terpinga-pinga kenapa Allah tidak mengabulkan apa yang dipinta,
fikirlah adakah kita ini hamba yang mulia,
Kita ada Rasul,
kita tertanya-tanya kenpa sunnah yang dilakukan tidak menjadi,
fikirlah adakah kita melakukanya dengan hati yang ikhlas,
Kita ada kedua ibu bapa kita,
kita menangis teresak-esak menyesal kerana Allah lebih menyayangi mereka,
fikirlah adakah kita seorang anak yang bertanggungjawab,
Kita ada sahabat,
tiba-tiba kita ditinggalkan,
fikirlah adakah kita sahabat sejati,
Fikirlah kembali,
hidup di dunia hanya sementara,
pohonlah taubat dari Allah S.W.T,
Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat.

(komen kat tempat chatting)