Thursday, November 18, 2010

MALUMU BERHARGA

Malu itu indah.
Malu itu fitnah.
Janganlah menjadi orang yang langsung tidak tahu malu.
Bergaul sebebas-bebasnya sesama lelaki dan perempuan itu bukanlah sepatutnya akhlak seorang muslim.
Berpada-padalah.
Jagalah iman sesama sendiri.

Saturday, November 6, 2010

HARGAILAH ORANG YANG KITA MILIKI


Pada suatu hari di sekolah seorang murid bertanya pada gurunya.Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.


PELAJAR:cikgu macamana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?dan macamana juga kasih sayang tu nak berkekalan?


CIKGU:Ok kamu ikut apa yang saya suruh.Kamu pergi ke padang.Kamu berjalan di atas rumput sambil memandangf rumput sambil memandang rumput didepan kamu.Pilih yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali.Dah petik rumput yang PALING cantik,bawa ke kelas."


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pun ditangannya.cikgu bertanya,kenapa tiada rumput yang dipilih?


PELAJAR:Tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput paling cantik.memang ada banyak tapi cikgu kata yang PALING cantik,maka saya pun terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi.Tapi di penghujung padang,,saya tak jumpa pun yang paling cantik.mungkin diantara yang dibelakang adalah yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula jadi tiadalah rumpuy yang boleh saya petik.


CIKGU:"Ya itulah jawapannya.maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.kita hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlalu tetap dah berlaku.semoga yang berlalu tidak berulang lagi.Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik seperti rumput tadi.....

Friday, August 13, 2010

RAMADHAN MUBARAK!!!!AKU RINDU PADAMU!!!!

Assalamualaikum semua,pejam celik pejam celik dah puasa.Macamana puasa hari ni.PUASA biar IKHLAS.jangan harap duit sajer.bila lagi nak raya kan.tak sabar rasanya.

Friday, July 2, 2010

ADAKAH KITA?????

Assalamualaikum semua,ana baru balik asrama.waktu kat asrama,ana ngan kawan ana Fatin minat mengarang.kami karang entah puisi ke apa ker.hantam jer janji ada isi.yang bawah ni ana yang karang.fatin dia karang sendiri punya.bacalah hayati dengan lagu blog ana:

kenapa ini harus terjadi.semua yang aku ada semuanya hilang.kenapa.kenapa.kenapa
kerana apabila...
Kita ada Allah,
kita terpinga-pinga kenapa Allah tidak mengabulkan apa yang dipinta,
fikirlah adakah kita ini hamba yang mulia,
Kita ada Rasul,
kita tertanya-tanya kenpa sunnah yang dilakukan tidak menjadi,
fikirlah adakah kita melakukanya dengan hati yang ikhlas,
Kita ada kedua ibu bapa kita,
kita menangis teresak-esak menyesal kerana Allah lebih menyayangi mereka,
fikirlah adakah kita seorang anak yang bertanggungjawab,
Kita ada sahabat,
tiba-tiba kita ditinggalkan,
fikirlah adakah kita sahabat sejati,
Fikirlah kembali,
hidup di dunia hanya sementara,
pohonlah taubat dari Allah S.W.T,
Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat.

(komen kat tempat chatting)


Friday, June 11, 2010

Sucinya Kasih Ibu

Assalamualaikum semua,hari ni taktau lah nak buat tajuk apa.tapi teringat kat ibu.buat lah tajuk Sucinya Kasih Ibu.korang semua ada ibu kan.tapi mungkin setengah pada tu tak der.jadi kita yang ada ibu ni bersyukur lah.sebab tak semua ada ibu.cuba tiba-tiba allah ambil ibu kita.sedih kan.jadi kita sebagai anak hormatilah,sayangilah dan jagalah mereka.suatu hari nanti kita akan merasa jadi seorang ibu.sekarang ni tengok berita.aduhai cam nak pitam.TOLONGLAHHH.....