Thursday, November 18, 2010

MALUMU BERHARGA

Malu itu indah.
Malu itu fitnah.
Janganlah menjadi orang yang langsung tidak tahu malu.
Bergaul sebebas-bebasnya sesama lelaki dan perempuan itu bukanlah sepatutnya akhlak seorang muslim.
Berpada-padalah.
Jagalah iman sesama sendiri.

Saturday, November 6, 2010

HARGAILAH ORANG YANG KITA MILIKI


Pada suatu hari di sekolah seorang murid bertanya pada gurunya.Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.


PELAJAR:cikgu macamana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?dan macamana juga kasih sayang tu nak berkekalan?


CIKGU:Ok kamu ikut apa yang saya suruh.Kamu pergi ke padang.Kamu berjalan di atas rumput sambil memandangf rumput sambil memandang rumput didepan kamu.Pilih yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali.Dah petik rumput yang PALING cantik,bawa ke kelas."


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pun ditangannya.cikgu bertanya,kenapa tiada rumput yang dipilih?


PELAJAR:Tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput paling cantik.memang ada banyak tapi cikgu kata yang PALING cantik,maka saya pun terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi.Tapi di penghujung padang,,saya tak jumpa pun yang paling cantik.mungkin diantara yang dibelakang adalah yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula jadi tiadalah rumpuy yang boleh saya petik.


CIKGU:"Ya itulah jawapannya.maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.kita hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlalu tetap dah berlaku.semoga yang berlalu tidak berulang lagi.Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik seperti rumput tadi.....

Friday, August 13, 2010

RAMADHAN MUBARAK!!!!AKU RINDU PADAMU!!!!

Assalamualaikum semua,pejam celik pejam celik dah puasa.Macamana puasa hari ni.PUASA biar IKHLAS.jangan harap duit sajer.bila lagi nak raya kan.tak sabar rasanya.

Friday, July 2, 2010

ADAKAH KITA?????

Assalamualaikum semua,ana baru balik asrama.waktu kat asrama,ana ngan kawan ana Fatin minat mengarang.kami karang entah puisi ke apa ker.hantam jer janji ada isi.yang bawah ni ana yang karang.fatin dia karang sendiri punya.bacalah hayati dengan lagu blog ana:

kenapa ini harus terjadi.semua yang aku ada semuanya hilang.kenapa.kenapa.kenapa
kerana apabila...
Kita ada Allah,
kita terpinga-pinga kenapa Allah tidak mengabulkan apa yang dipinta,
fikirlah adakah kita ini hamba yang mulia,
Kita ada Rasul,
kita tertanya-tanya kenpa sunnah yang dilakukan tidak menjadi,
fikirlah adakah kita melakukanya dengan hati yang ikhlas,
Kita ada kedua ibu bapa kita,
kita menangis teresak-esak menyesal kerana Allah lebih menyayangi mereka,
fikirlah adakah kita seorang anak yang bertanggungjawab,
Kita ada sahabat,
tiba-tiba kita ditinggalkan,
fikirlah adakah kita sahabat sejati,
Fikirlah kembali,
hidup di dunia hanya sementara,
pohonlah taubat dari Allah S.W.T,
Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat.

(komen kat tempat chatting)


Friday, June 11, 2010

Sucinya Kasih Ibu

Assalamualaikum semua,hari ni taktau lah nak buat tajuk apa.tapi teringat kat ibu.buat lah tajuk Sucinya Kasih Ibu.korang semua ada ibu kan.tapi mungkin setengah pada tu tak der.jadi kita yang ada ibu ni bersyukur lah.sebab tak semua ada ibu.cuba tiba-tiba allah ambil ibu kita.sedih kan.jadi kita sebagai anak hormatilah,sayangilah dan jagalah mereka.suatu hari nanti kita akan merasa jadi seorang ibu.sekarang ni tengok berita.aduhai cam nak pitam.TOLONGLAHHH.....



Wednesday, June 9, 2010

Teman kecewa??Apa yang perlu dilakukan...

Assalamualaikum semua,hari ni tajuk kita special.kita semua kan ada kawan.dia segala-segalanya dalam hidup kita.kita pun pernah alami putus persahabatan,pergaduhan dan macam-macam lagi.apa yang perlu dilakukan sekiranya kawan kita kecewa....

1-Dengarkan masalah dia ataupun luahan hati mereka.mungkin mereka memerlukan tempat untuk mereka bercerita.

2-Selalu ada.di saat dia ingin menghapuskan rasa kecewa dan tekanannya,pastikan kamu meluangkan masa untuk bersamanya.

3-Membuka ruang fikirannya.ketika dia dalam keadaan yang berduka mungkin dia tidak mampu berfikir dengan tenang.jadi kita sebagai kawan,bagilah dia semangat.

4-Peluang untuk membina kehidupan yang lebih baik.

5-Jangan kita terus menganggap masalah mereka itu sekdar masalah biasa.mungkin apabila kita dapat menyelesaikan masalah mereka suatu hari nanti apabila masalah itu menimpa diri kita.merekalah yang akan menolong diri kita.

Saturday, May 22, 2010

GENG AISYAH HUMAIRA'

Impian kami adalah pakai purdah.nilah geng Aisyah humaira'.ada ramai lagi.semua malu.
Ana dan Kak Huda(warden asrama)

Sahabat baik.. Sakinah


Syuhadah dan Kak huda(warden asrama)



Fatin




Athirah



Nurul Aiman dan khairunnisa'
Amalia

Friday, May 14, 2010

sajak ibu cipta sendiri

Ibu,
engkaulah sumber inspirasiku,
terima kasih kerana menjagaku sehingga kini,
terima kasih kerana mendidikku,
terima kasih ya Allah memberiku ibu seperti dia.

Ibu,
ampunilah kesalahanku yang ku lakukan,
terlalu banyak kasih sayang yang engkau curahkan kepadaku,
kini ingin aku ucapkan kepadamu wahai ibu,
SELAMAT HARI IBU.

Sunday, May 2, 2010

ADAB BELAJAR MENURUT IMAM GHAZALI

Assalamualaikum semua,rindum korang semua.terutamanya my geng,smktho dan smaiq.hari ana publish tentang adab belajar menurut imam ghazali.selamar beramal.

1-Bersihkan jiwa

2-Merendah diri

3-Niat yang benar

4-Tujuan menuntut ilmu

5-Elak pertelingkahan

6-Kurang urusan dunia

7-Khatam ikut bidang

8-Saksama pada semua

9-Bertahap-tahap

10-Tahu memuliakan ilmu

Saturday, April 17, 2010

pentingnya wuduk

assalamualaikum semua,lama dah tak tulis blog.rindu kat korang semua.sekarang ni ana nak tulis penting nya wuduk.

WUDUK UNTUK KETENANGAN JIWA
-Jiwa kita akan menjadi lebih tenang jika kita membiasakan diri menggambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan.kerja yang susah menjadi senang dan mudah diselesaikan.

-Pelajar yang terutamanya sudah lanjut usia misalnya,disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yan g dibaca mudah diingati.

-tidak mudah digoda syaitan.

-perasaan menjadi lebih tenang.

ada banyak lagi pentingnya wuduk.sampai sini sahaja ana boleh sampaikan untuk korang semua.nanti bila ana balik asrama.tunggu tajuk yang akan datang nati.assalamualaikum.

Monday, March 15, 2010

sedihnyerr!!!!

Assalamualaikum kawan-kawan,semua sihat.alhamdulillah.ana rindu korang semua.yg first ina,jiha and mira.banyak bende yang sedih berlaku di asrama...

1-Muallim(cikgu)wafi pindah.warden lama banin(lelaki).datang warden baru nama dia muallim nasrul.bolehla jugakgarang dia.dia ni masuk banyak kem ker,menembak macam askar.tapi lawak jugak.

2-muallim nasrul nak pindah.taktau la lepas ni saper kan mintak-mintak macam warden sebelumnyerr.amin.

3-baru semalam balik dari asrama.dapat tau bobo dah meninggal.huhuhuhu.orang yang racun bobo ni.tengok lar akhirat nanti dapat balasan dia.

4-kucing putih gebu hilang.

ya ALLAH berilah kesabaran kepadaku ya ALLAH.amin...

Friday, February 5, 2010

kawan-kawan ana

assalamualaikum, semua minggu ni ana terpaksa balik rumah sebab air di sekolah ada masalah.minggu depan pun ana balik jugak selama 4 hari.raya cina.walaupun sekolah kami semua melayu.alhamdulillah.
sekarang ana nak beritahu semua orang nama kawan-kawan ana dan sifat dia.

1.Nur Sakinah-dia seorang baik,penyayang,lembut kdg2..he3.. ttp die mara gak le bile adeorg buat salah..

2.Khairunnisa'- die seorang yang relex dan baik hati dan ok la

3.Syaimaa'-die ni bdak pandai,baIK,penyabar dan len2..

4.Syuhadah-dia ni kadang -kadang ok tapi kalau cara dia cakap 2 masih macam boleh la.......... no komen

5.aiman-dia comel,baik,pandai,tp kadang2 mulut laser he3 (jgn mara)...

6.nasha-best sangat dapat kawan ngan die tapi ada juga masaalah dengan dia kadang -kadang

7.qurrotaaqyun-baik gak,....no komen....

8.munirah- dia ni kdg2 suke kacau org,serius,baik,dll

9. Izni-macam sakinah jugak,tapi dia tak banyak marah.sabar.

10.Amalia-boleh tahan la dengan lagak dia 2.suka tegur kesalahan orang.

11.Fatin-dia baik,rajin belajar dan ambil berat tapi kadang-kadang buat orang marah tk tau kenapa.

12.Najihah-kdg2 tak paham ape yang dia cakap.dia suka ambil berat semua pasal kawan dia.

13.mar-dekat sekolah banyak kesalahan yang dia buat form 2.tak larat nak tegur.

14.hafizah-pendiam.no komen

15-athirah-boleh kongsi pendapat.

16-Rosna-lawak ,baik, rapat dengan kakak kakak(kami ler) kadang dia terikut perangai mar.

ana minta maaf kalau kawan-kawan ana baca blog ana terasa.ana tulis ni apa yang ana nampak.kalau sesapa salah sorang dari kawan2 ana baca.ada sifat enti yang menyakitakan hati enti sori dan ubah perangai enti.

''sebaik-baik kawan ialah kawan yg mengajak kearah kebaikan''
13-

Friday, January 29, 2010

RINDU AND PENAT

assalamualaikum semua,ana rindu giler kat antum/anthuna semua.dah lama dah ana tak melawat blog ana.entah apa yang jadi kan.sekarang ni ana ada di rumah.cuti balik kampung selama dua hari.ana balik dari asrama ke rumah 2 minggu sekali jer.sedihnyer.sekolah menengah al-itqan best sangat.banyak kawan.tapi ana rindu jugak kat kawan-kawan lama yang ada di smktho.
wahai warga sekolah menengah tun hussein onn.putri rindu giler dengan korang semua terutamanyer ina,ira,jiha,celeste dan form 2 tahun ni.ok sekarang ini ana akan cerita jadual di asrama.

4.00 pg-bangun tidur/urus diri
5.00 pg-prep
6.00 pg-sembahyang subuh,baca mathurat,tazkirah,baca al-quran
7.00 pg-sarapan
7.30 pg-baca al quran
8.30 pg-sekolah
2.00 ptg-sembahyang zohor,tazkirah
2.40 ptg-makan tengahari
3.00 ptg-urus diri
5.00 ptg-sembahyang asar,baca mathurat,tazkirah
5.45 ptg-riadah,urus diri
6.30 ptg-makan malam
7.00 mlm-sembahyang maghrib,tazkirah,baca al-quran
8.30 mlm-sembahyang isya',tazkirah
9.30 mlm-prep
10.15 mlm-baca al-mulk
1o.45 mlm-minum malam
11.00 mlm-tidur

PENATKAN KAN KAN!!!!!!!!!!!